CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, July 27, 2008

cArA jAwAb TpOn

Soalan: haloo, may i speak to hani please?
Jawapan: maap. sini bukan balai polis...

Soalan: haloo, siapa di sana?
Jawapan: sapa kat sini?? saya disini.... sempoi. ntah. mana le saya tahu sapa kat sana..

Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya...

Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur...

Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah, bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli...

Soalan: haloo hani, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni...

Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap. nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih...

Soalan: haloo, tolong panggilkan ahmad. saya nak bercakap dengannye...
Jawapan: sila panggil sendiri. saya sibuk. maap...

Soalan: halloo...
Jawapan: haloo... pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan...

Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu...

Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam... (tupp! terus letak tepon. salam kite wajib jawab)

Monday, July 21, 2008

.:: Sepetang Bersama Nubhan ::.

Sepetang Bersama Nubhan- Anjuran Nubhan FC (Bara Ombak)

Ada Untukmu-


Dealova-


Gadis Melayu-


videos credit to mulan210883 @ youtube


.:: Cermin Mata (bhgn 2) ::.

17 Julai

Cermin mata baru!! yeyeyeY !! Sayang Kamoo~

Cannnteekk kan~

CAYALAH!!!

Akanku jaga kamoo dengan baik.. eheheh


p/s: THANKIUU MAMA sebab tak marah Hani dgn teruk sgt and tolong belikan cermin mata yg baru~

Friday, July 18, 2008

~ Cermin Mataku ~

Isnin, 14 Julai...

Lepas jer period english, waktu tu jalan nak gi science lab....
Tiba-tiba... "TUPP!!", something jatuh dari poket... lepas tu... mestilah kutip barang yang jatuh tu... takkan nak biar kan jer kan...

Tibe jer dekat science lab tu... kan kite nak baca buku, jadi.... mestilah gunakan CERMIN MATA! yes yes... biaselah, rabun katakan...
Bile nak masukkan tangan dalam poket tu.... tibe-tibe rase macam ade kepingan kaca yang pecah, tajam pulak tu... nasib tangan tak luka...

Rupa-rupanya....

kiter punyer CERMIN MATA PECAH!!
wawawawa

Time tu nervous giler sebab takut kena marah dengan mak ='(


Nah nah... tengok lah gambar nie..

uishh.. kesian cermin mata nie


habis pecah sebelah cermin mata nie

hancurrr~


~bersambung~




Tuesday, July 15, 2008

=AdA uNtUkMu=

Ada Untukmu- Nubhan

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati

Di sini aku berdiri

Menunggu dengan penuh kesabaran


Tanpa manis madah
Janji yang puitis tuk persembahan

Hanya ketulusan sekeping hati suci


Aku berikan kasih

Kalau itu yang kau mahu dariku

Aku berikan cinta

Untuk membahagiakan harimu


Aku sayang dirimu
Biarpun nafasku sampai terhenti

Akanku kota janji kita mendirikan Taj Mahal cinta

Seteguh kasih Shah Jahan kepada Mumtaznya


Terasa indah apabila berdua
Semakin indah saat bahagia meraih cinta kita

Aku berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dariku
Aku berikan cinta

Untuk membahagiakan harimu


Aku sayang padamu

Biarpun nafasku sampai terhenti

Akanku kota janji kita mendirikan Taj Mahal cinta

Seteguh kasih Shah Jahan kepada Mumtaznya



Sunday, July 13, 2008

bUrUnG ApE??? bUrUnG mUrAi...

1979

Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?

PELEMPANGGGGGGGGGGGGGGGG!!!! (Sibapak tampar)

Anak : HuaaaaaaHuaaaaaaaHuaaaaaaa!! (meleleh air mata)
Bapak : Besok kalu Tuhan kasi betul-betul telinga kau tuli baru kau tahu! Udah!!! Jgn permainkan orang tua-tua... tak baik!!!!......................................................

2007

Bapak : Burung aper?
Anak : Burung Murai
Bapak : Aa aa yer burung Murai
Anak : Eh!!Kenaper abah tak ulang-ulang tanyer? Masih power telinga abah ni yer.
Bapak : Yer! Masa dulu kalu arwah datuk kamu panggil abah suruh ke kedai ke aper, sekali panggil jer abah dah menyahut. Abah tak berani nak buat pura-pura pekak macam ngko selalu buat masa kecik-kecik. Barangkali itulah yang jadi barakahnyer, jadi telinga abah ni Allah Taala kasi clear sampai sekarang...

Tanah-Air-Api-Angin

Kedudukan dalam keluarga juga boleh memberi gambaran terdekat tentang personaliti dirimu. Apatah lagi ia boleh dikaitkan dengan empat unsur asas seperti tanah, air, api dan angin. Jadi, apa kata kamu nilai sendiri keputusan kali ini.

Tanah - Anak pertama, kelima dan kesembilan
Air - Anak kedua, keenam dan kesepuluh
Api - Anak ketiga, ketujuh dan kesebelas
Angin - Anak keempat, kelapan dan kedua belas

Tanah
Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melaku kan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Oh ya! Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan jedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.

Air
Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam katego ri air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan... bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini!

Api
Individu yang tergolong dalam kategori unsur api ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

Angin
Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong daripada unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.